Tuesday, August 10, 2010

harapan ramadhan

Alhamdulillah bertemu lagi aku dengan ramadhan kali ini. walaupun di tempat yang asing dan jauh dari mereka-mereka yang sentiasa diingati... (mama, abah, familyku, sahabat-sahabat dan sume-sumelah) namun ini adalah pengalaman baru bagiku..... berpuasa di palong dua....
macam-macam program yang telah aku rancangkan untuk mengisi hari-hariku mengharungi ramadhan kali ini. smlm... huhuhu... dah pasang langsir biru bunga hitam... bukan apa aku nak mendapatkan mood gembira di palong dua ni.. memandangkan aku akan menetap lebih lama di palong dua ni jadi biarlah segalanya indah di sini. Sehari sebelum ramadhan... mlm ni insyaAllah akan ku ke masjid palong dua, solat tarawikh bersama dengan penduduk palong dua ni...
Berbuka dan sahur tak tahu lagi... agaknya biskut dengan susu je kot...
InsyaAllah.. moga Allah kuatkan hatiku dan mataku untuk sama-sama mengimarahkan malam-malam ramadhan... amin...

Monday, November 9, 2009

Aku disini..

Alhamdulillah setelah sekian lame menunggu... bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam... dan ape-ape je lah silih berganti..
Akhirnye aku dipostingkan jugak.. kat mane? SMK PALONG DUA (SMKPD), PD bukan port dickson ye.. tapi kat Felda Paloang dua..

Buat yang tidak mengetahui kek mano Felda Palong duo ni... erm tompeknyo lobih kurang Tigo jam dari Seremban, huhuhu... sumo kiri kanan kelapo sawit dongan gotah...

Tapi insyaAllah.. semoga Allah menetapkan diriku terus diJalan nye disini..
untuk mendidik lebih ramai singa-singa Allah dari Felda Palong Duo

-Masitah-
Kak Ude
Palong Duo

Saturday, August 1, 2009

Pe cer

Assalamualaikum...



Lama 'giler' tak post dalam blog yang merapu nih.

Sebenarnya banyak cerita yang boleh dikongsi tapi tak tau mane nak mula or isi or penutup, almaklumla selalu duk bercakap ngan komputer jer,cakap pun guna bahasa komputer ,nak mengayat ni memang tak pandai banyak..huhu...time sekolah dulu pun penulisan memang subjek killer.

So, malam yang sunyi(sebab sume orang da tido) kecuali bunyi cengkerik, keyboard,kipas dalam cpu ngan lagu tanpaMu nyanyian inteam je yang berbunyi...terasa plak nak kongsi perasaan yang terlintas di hati dan ditafsir di minda yang agak kurang kreatif ni namun tetap hebat disebabkan ianya diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Hebat. 'CINTA', perasaan yang mula tumbuh,membesar dan kini telah berbunga dan berbuah hingga tak tertahan dalam hati kecil ni.

Cinta agak susah diluahkan pada yang dicintai mungkin dek perasaan malu melebihi rasa cinta. Bila dipendam,yang menanggung pula makin menderita. Dengan kata mudahnya cinta ni diibaratkan sebagai kentut, dilepas malu ditahan merana. cinta jugak ada perkataan tambahan bersesuaian ngan maksud contohnya: cinta buta,cinta gila, cinta monyet, cinta agung, ayat-ayat cinta la..hehe..
Tuan guru Nik Abdul Aziz dalam 'berbicara tentang cinta' menisbahkan cinta seperti wang dalam poket bila digunakan pada tempat yang betul ia memberi manfaat tapi bila digunakan pada jalan yang salah ia membinasakan...

takrif cinta ni terlalu subjektif,ianya satu fitrah yang ditetapkan ALLAH pada hati setiap manusia yang normal. ia tak hadir secara semula jadi sebab tiada didunia ni melainkan makhluk ALLAH. maka, adakah ALLAH ciptakan cinta hanya sekadar untuk sia-sia??sama-sama kita fikirkan tapi sekali lagi pada pemikiranku yang terbatas ni,cinta itu terlalu banyak manfaatnya bila ia diciptakan..bayangkan semua manusia hilang rasa cinta dalam dirinya,maka hilang rasa kasih sayang, hilang rasa simpati, hilang rasa terima kasih,banyak perasaan lain hilang.dok gitu??

Sebenarnya tujuan post ni nak bagitau sal CINTA yang terpancar dalam hati ni tapi cakap sal cinta secara umum pun da terlalu banyak(besarnya perbincangan cinta ni).malam pun da semakin tua walaupun mata tak dapat pejam sebab da tidur tadi..lagi pun sebenarnya lepas ni nak gi "call" Kekasih hatiku, rindu sangat..huhu..tak pe, post akan datang sambung balik hasrat dihati ni..

Tuesday, October 28, 2008


KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN
harun yahya.

ateh just copy n paste je...huhuhu.....ape pon harap bermanfaat.

Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.
Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.
Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.
Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.

Susunan Pada Setiap Atom
Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.
Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.
Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.
Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.
Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.
Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.
Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom
Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.
Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.
Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.
Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

Pengekalan Tenaga Dalam Nukleus
Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.
Semasa eksperimen–eksperimen awal teknik pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.
Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.
Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.
Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?
Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?
Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.
Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

Tenaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran
Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”
Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.
Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.
Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.

Thursday, August 21, 2008

Anok-anok Abah & Mama



Gamba ni ambik masa kak long khaween.tapi gambo alang tak dok sebab alang bekeje keras hari tu.tolong tetamu hok sesat jalan. Time kasih.


Ni.. masa khatam Quran... masa hari akad nikah. Alahamdulillah..

Thursday, July 10, 2008

Amalan Yang Menghapuskan 10 Jenis Dosa..

Assalamualaikum kepada semua familiku & semua pembaca..
Dah lama blog ni tak di 'post' ngan ilmu...,jd hari ni ateh rasa terpanggil untuk kongsi ilmu/amalan yang boleh menghapukan 10 jenis dosa kita insya'Allah.amalan ini diajar oleh RasuluLlah S.A.W kepada bapa saudara baginda, Ibn Abbas bin Abdul Mutalib berdasarkan sabda baginda S.A.W riwayat Abu Daud dari Ibn Abbas r.a. yang bermaksud:
"RasuluLlah s.a.w bersabda kepada Ibn Abbas bin Abdul Mutalib: "wahai Abbas, pak cikku, apakah engkau suka ku berikan kurnian, kuberikan hadiah istimewa ku ajari sepuluh macam perbuatan yang boleh menghapuskan 10 jenis dosa.jika pak cik mengerjakan hal itu pasti Allah mengampuni dosa-dosamu, baik yang terdahulu mahupun sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang jelas. Sepuluh amalan itu ialah solat empat rakaat, tiap-tiap rakaat membaca al-Fatihah dan surah apa sahaja, selesai membaca dalam rakaat pertama lalu membaca(diwaktu masih berdiri): SubhanaLlah WalhamduliLlah WalaaIlaaha IllaLlah WaLlahu Akbar, sebanyak 15 kali, lalu rukuk dan waktu masih berdiri membaca tasbih seperti tersebut di atas, sebanyak 10kali, turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi sebanyak 10kali, turun untuk mengerjakan sujud dan baca lagi sebanyak 10 kali dan sujud lagi dan baca sebanyak 10 kali, angkat kepala dari sujud (sebelum berdiri) dan di waktu duduk membacanya sebanyak 1o kali jumlah keseluruhannya sebanyak 75kali dalam setiap rakaat. Demikianlah tadi adalah yang harus dilakukan dalam setiap rakaat dari keempat rakaat itu. Apabila dapat dikerjakan sekali setiap hari,kerjakanlah. Kalau tidak mampu, boleh dikerjakan pada setiap hari jumaat dan jika tiap jumaat tidak dapat,bolehlah dikerjakan sekali setiap tahun, jika tiap-tiap tahun juga tidak dapat,boleh dikerjakan sekali seumur hidup." (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya). selamat beramal...kalau x tahu bleh tanya...

Friday, June 13, 2008

10 sahabat dijamin masuk syurga

Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Shahid Yang Hidup

Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah

Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini

Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

Mereka dijanjikan syurga. Janji yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, terlintas dalam hati. Lebih berharga daripada segunung emas di dunia. Mereka tidak mungkin menukar ganti walau nyawa melayang pergi. Kini, mereka menuju ke sana dengan amalan yang dijanjikan. Bagaimana pula dengan kita?

K.ngoh cari nama jer adik-adik ker k.long ker cari lah macam mana kisah mereka (ALLAH redha keatas mereka)


SEMANGAT PEMUDA DALAM BERDAKWAH

AL-ARQAM bin Abi Arqam merupakan antara 30 pemuda pelopor dalam barisanpemuda yang dibentuk Rasulullah saw pada dua tahun pertama sebelumHijrah (610 Masihi).Beliau menawarkan rumahnya -- di kaki bukit Safa (di kota Makkah, tempatbersai) -- menjadi pusat dakwah Rasulullah.Barisan Pemuda Islam itu kecil tetapi ampuh.

Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bersama beberapa rakannya yang telah menganut Islam pergi ke tempat yang agak jauh dari pandangan ramai untuk beribadat.Beberapa orang anggota masyarakat Jahiliyah tiba-tiba lalu di situ dan terlihat orang Islam sedang beribadat. Mereka segera menista dan mencerca perbuatan Saad dan rakan-rakannya. Akibatnya tercetuslah perkelahian antara kedua-dua belah pihak.Seorang musyrik pecah tempurung kepalanya kerana pukulan tulang dagu unta oleh Saad dalam pergaduhan itu.Setelah peristiwa itu pemuda Saad berasa cemas.Setelah Nabi yakin para pemuda sudah dapat berdakwah, barulah mereka dilepaskan untuk berjuang dalam masyarakat Makkah.

Pada suatu hari, keluarlah para pahlawan itu dari rumah persatuan tadi dengan berbaris. Barisan pertama didahului Saidina Umar, sementara barisan kedua diketuai Saidina Hamzah.Masing-masing melangkah gagah dengan pedang terhunus mengelilingi Makkah dan akhirnya menuju Kaabah.Setiba di Kaabah Rasulullah bersolat lalu mengerjakan tawaf. Setelah selesai, mereka pulang semula ke rumah persatuan. Golongan musyrikin melihat demonstrasi itu dengan cemas.Sejak itu, tercetuslah pertentangan di antara kedua-dua pihak. Langkah pertama yang diambil masyarakat musyrikin ialah memutuskan dagangan dan menganiaya para pemuda Islam dengan pelbagai angkara. Bagaimanapun,latihan yang mereka jalani selama empat tahun itu menjadikan mereka tabah dan teguh menghadapi sebarang kemungkinan.Para pemuda Islam itu melangkah ke kampung 'Syaabu Abi Talib' bersama Nabi dan keluarganya setelah masyarakat musyrikin memutuskan hubungan.Mereka sebenarnya tinggal di sana demi menahan derita pemulauan kaum musyrikin yang lebih ramai dan kuat pula.

Menimbang penderitaan itu kian bertambah, maka sebahagian daripada para pemuda Islam itu dibenarkan Nabi berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).Tidak lama kemudian, Nabi berhijrah ke Madinah untuk meneguhkan kubuIslam.Para anggota Barisan Pemuda Islam ini yang mulanya berjumlah 30 orang,kini bertambah jadi 35 anggota. Setelah kira-kira empat tahun jumlahnya bertambah kepada 40 orang. Mengapa angkanya kecil? Strategi baginda ialah menumpukan usaha memperteguh iman dan ilmu Barisan Pemuda Islam itu.Dalam masa empat tahun itu, siang malam baginda saw membentuk para pemuda itu menjadi pelopor bidang politik dan kenegaraan, seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Baginda juga bergiat membentuk para pemuda yang tahu taktik ketenteraan, seperti Saad bin Abi Waqqas dan Amrubnil Jarrah. Untuk melahirkan ulama,baginda melatih Abdullah bin Masud dan Ali bin Abi Talib. Dalam upaya mewujudkan mereka mahir dalam bidang ekonomi pula, baginda melatih Abdurrahman bin Auf.Dengan usaha gigih baginda itu cuma empat atau lima pemuda sahaja yang jaya dibimbing dalam bidang kecerdasan minda. Antara mereka ialah Hamzah dan Umar. Mereka tampil dengan kemahuan sendiri. Tanpa dirayu atau dipaksa-paksa.Barisan Pemuda Pelopor Dakwah ini bertindak di bawah arahan dan pimpinan Rasulullah, berjaya mencapai tujuan berikut:

Mewujudkan hukum persaudaraan iaitu menjalin persaudaraan setiap anggota, misalnya Talhah dengan Azzubair. Sentiasa membela dan menolong saudara iaitu Rasulullah telah menyerahkan pemuda yang lemah kepada seorang yang kuat dan mempunyai kedudukan dikalangan kaum Quraisy. Tujuannya untuk melindungi yang lemah itu,sebagaimana Rasulullah juga telah menyerahkan Khabbab bin Alarta kepada Said bin Zaid.

Rumah al-Arqam telah dibeli oleh Abu Jaafar al Mansor, Khalifah Bani Abbas kedua. Ia diberikan pula kepada puteranya al-Mahdi. Setelah itu Khalifah al-Mahdi memberikannya kepada isterinya al-Khizran, ibu Musaal-Hadi dan Harun al-Rasyid. Akhirnya rumah itu berpindah tangan dandimiliki Sultan Salim, Raja Turkey. Kini rumah itu sudah tiada lagi.Empat puluh pahlawan pelopor Islam

(1) Ali bin Abi Talib (8 tahun)
(2) Azzubair bin Alawwam (8 tahun)
(3) Assaib bin Othman (4 tahun)
(4) Talhah bin Ubaidillah (11 tahun)
(5) Al Arqam bin Abi Al Arqam (12 tahun)
(6) Abdullah bin Mas'ud (14 tahun)
(7) Sa'id bin Zaid (15 tahun)
(8) Saad bin Abi Waqqas (17 tahun)
(9) Masud bin Rabiq (17 tahun)
(10) Abdullah bin Maz'un (18 tahun)
(11) Assaib bin Mazun (18 tahun)
(12) Jaafar bin Abi Talib (18 tahun)
(13) Sahib bin Arrumi (18 tahun)
(14) Qudamah bin Mazun (19 tahun)
(15) Zaid bin Harithah (19 tahun)
(16) Uthman bin Affan (20 tahun)
(17) Talib bin Umair (20 tahun)
(18) Amir bin Abi Waqqas (20 tahun)
(19) Habbab bin Alarta (23 tahun)
(20) Amir bin Fahirah (24 tahun)
(21) Mus'ab bin 'Amir (24 tahun)
(22) Al Miqdad bin Alaswad (24 tahun)
(23) Abdullah bin Jahsyin (25 tahun)
(24) Umar bin Al Khattab (26 tahun)
(25) Amir bin Aljarrah (27 tahun)
(26) Utbah bin Ghazwan (27 tahun)
(27) Abu Huzifah bin 'Utbah (29 tahun)
(28) Bilal bin Abi Rabah (29 tahun)
(29) Khalid bin Sa'id (30 tahun)
(30) Amir bin Sa'id (30 tahun)
(31) Iyyas bin Rabi'ah (30 tahun)
(32) Na'im bin Abdullah (30 tahun)
(33) Aamir bin Rabi'ah (30 tahun)
(34) Abu Salamah (30 tahun)
(35) Abdurrahman bin 'Auf (30 tahun)
(36) Uthman bin Maz'un (31 tahun)
(37) Ammar bin Yasir (31 tahun)
(38) Abu Bakar Assiddiq (37 tahun)
(39) Hamzah bin Abdul Muttalib (42 tahun)
(40) Ubaidah bin al Harith (32 tahun)

Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus berjuang di jalan ALLAH..

Sunday, June 8, 2008

Kronologi Ummat Islam setelah kejatuhan khalifah

Dalam Al-quran telah disebutkan dalam surah Al-baqarah ayat 120:
"Dan sesungguhnya tidak sekali-kali akan redha kaum yahudi dan nasrani (kepada kamu) sehingga kamu mengikut ajaran mereka"
Daripada ayat ini jelas dinyatakan oleh Allah bahawa kaum kuffar yahudi dan nasrani tidak akan berhenti memerangi ummat islam sehingga kita mengikut apa segala ajaran mereka. Perkara ini bukan ditegaskan oleh Allah kepada ummat islam yang hidup dizaman penurunan Al-Quran sahaja, bukan dizaman Rasulullah masih hidup tetapi adalah peringatan kepada seluruh ummat Islam hingga keakhir zaman... AL-Quran tidak diturunkan kepada para sahabat Rasulullah dan baginda sahaja, tetapi, Allah telah mengatakan bahawa Al-Quran ini adalah petunjuk dan mukjizat yang akan kekal sehingga akhir zaman. Oleh itu kita tidak sepatutnya mengambil ringan segala apa yang telah dinyatakan dalam al-Quran dengan menganggap Al-Quran itu hanya untuk ummat terdahulu, jika kita adalah golongan itu maka binasalah kita dan akan sesat sampai bila-bila...nau'zubillahiminzalik......
Seperti yang telah dinyatakan Oleh Rasulullah:
"Telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah pengajaranku"
dari itu renungkan dan fikirkan dengan hati, apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam kitabNya dan disabdakan olah Rasulullah serta segala perbuatannya, agar kita menjadi ummat yang berada dijalan yang lurus dan diruang yang haq. Tapi adakah kita sedar bahawa manusia sekarang lebih cenderung untuk berada diantara yang haq dengan yang batil, dengan alasan bahawa kita berwashotiah (padahal sebenarnya tidak tahu apa erti sebenar disebaliknya). Lihat sahaja situasi sekarang, ramai yang tidak kisah berada dalam situasi kita diperintah dan dikuasai oleh golongan yang bukan berpegang pada Islam, kita tidak kisah berada diluar sistem Islam dan syariat Islam, tapi yang penting hidup aman damai, makan pakai cukup dan dapat solat lima waktu selama beberapa minit, itu sudah memadai walaupun diri dan fikiran dikuasi oleh orang-orang yang tidak sepatutnya. Apa yang ummat Islam sekarang faham tentang Islam adalah hanyalah solat, puasa, zakat dan kalau mampu, tunaikan haji, itu pun dijalankan sambil lewa sahaja. Tapi adakah mereka prihatin, nasib saudara-saudara Islam yang lain?saudara di Takbai, di Palestin, dan merata-rata tempat lagi, adakah mereka cakna akan maruah Islam yang dikoyak-koyak oleh kafir terlaknat? adakah mereka faham bahawa Islam adalah agama yang sepatutnya menjadi rujukan semua bangsa? Tidak, mereka belum nampak, bahkan mereka hanyut dengan rasa diri sudah soleh hanya dengan solat 5 waktu.

Bangkitlah
Wahai saudara seIslamku sekalian, sedarlah kalian bahawa kerja kita tidak hanya cukup menjalankan 5 rukun Iman, tidak sempurna hanya diri sahaja yang soleh....tapi membiarkan ummat Islam lain setiap hari mengumpul batu untuk mempertahankan diri, melihat sambil lewa anak gadis Islam berpeluk-pelukan dan menutup mata melihat maksiat menjalar-jalar ke segenap kawasan. Sedarlah kerja kita lebih dari itu. Kerja kita adalah sama-sama berjuang bersungguh-sungguh dengan jiwa dan harta untuk mengembalikan kembali kegemilangan Islam yang suatu ketika dulu pernah menerangi seluruh jagat. Ya..Memang benar Allah telah menjanjikan akan kemenangan Islam suatu hari nanti, tapi adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati diluar padang sahaja, menanti saat pasukan yang sedang bermain dipadang menjaringkan gol, tapi apa yang pasti, pemerhati tidak akan merasa betapa manisnya dan bahgianya apabila gol berjaya dijaringkan. Oleh itu jangan tunggu dan lihat, tapi sama-sama bangkit menyumbang tanaga dan segalanya untuk mencapai kemenangan yang telah dijanjikan.




ANAK SOLEH
by: Rabbani
Uuuu…Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa
Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka
Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta
Hai… Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara
Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

Saturday, June 7, 2008

Anok-anok Alias Mohamad ngan Ruhani Muda


1.Marliana Alias


2.Mazlina Alias


3Masitah Alias


4.Mohd Dhiyauddin Alias


5.Ahmad Firdaus Alias


6.Mohd Muaz Alias


7.Muhammad Noqman Alias


8.Nur Ariffah Alias

"Apabila mati seorang anak adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga(kebaikan): sedekah jariah(yang ikhlas),ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kebaikan untuknya".



Insya'Allah kami semua anak-anak yang soleh..........
tahun 2006, family kami bertambah lagi... kak long membina masjidul islam dengan abang bullah(Hasbullah Bakhair) orang Ijok... selangor, pada 31 Mei 2006, dan pada 25/02/2007, ahli keluarga bertambah lagi...dapat anok sedara baru...hehehehe..iman Muhaimin nama diberi..semoga Iman menjadi seorang pejuang penegak Islam suatu hari nanti... seorang yang teguh imannya walaupun apa jua yang dihadapinya...tak berubah walau dilanda dengan pelbagai ancaman, semoga begitulah iman Iman Muhaimin terhadap Penguasa seluruh ummat manusia.